Sunday

Kenapa mesti meluangkan masa bersama anak?

Masa kualiti amat penting buat anak-anak, kita sebagai ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama anak-anak setiap hari walaupun hanya 5 minit. Tetapi jika lebih dari 5 minit ianya lebih bagus lagi, nak jadi ibu bapa yang superb kan. Apa salahnya luangkan masa sekejap dengan anak-anak kita walau sekejap. Lakukan aktiviti bersama yang boleh menggembirakan anak anda, kerana mereka ini amat memerlukan perhatian dari kita sebagai ibu bapa.

Anak kita akan menunjukkan sikap protes mereka di depan kita jika kita tidak melayan mereka atau bermain dengan mereka. Kita sebagai ibu bapa yang superb harus ‘alert‘ dengan tingkahlaku mereka, kenalpasti kenapa mereka begitu dan apa yang mereka mahu.



Jika kita tidak luangkan masa untuk bersama mereka, kita tidak sedar masa berlalu pantas dan anak-anak sudah pun mula masuk alam remaja. Ketika sudah remaja, cabarannya lebih besar lagi. Jika sewaktu kecil kita tidak bentuk mereka dengan baik, maka sukarlah untuk membentuk mereka apabila sudah remaja.

Bak kata pepatah... "Melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Bila kita rapat dengan mereka, apa sahaja perkara mereka akan kongsikan dengan kita.

Bagaimana cara nak luangkan masa tu?

To be continued...

Kaedah Meningkatkan Tumpuan dan Perhatian

Dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.

Antara latihan yang sering dicadangkan untuk meningkatkan tumpuan dan perhatian adalah latihan carian huruf dan jejaki nombor.

(1) Latihan carian huruf Untuk latihan carian huruf, pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk pertandingan.


(2) Jejaki nombor Latihan jejak nombor boleh dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.

Otak cenderung untuk memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian, melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang dilakukan.