Friday

Tanda-Tanda Anak Bijak

Semua ibubapa mahukan anak yang bijak serta baik tingkah lakunya. Betul tak?

Sebenarnya ibubapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk anak itu bijak. Kalau anak itu lahir terus bijak... Alhamdulillah. Jika tidak, kita sebagai ibubapa kena berusaha. Ibubapa perlukan tumpuan yang khusus untuk mengembangkan bakat anak-anak.

Kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka. Kalau kita nie jenis tak sabar, ini akan menyebabkan kebijaksanaan mereka itu merundum begitu sahaja. Kadang-kadang, kecerdikan anak-anak ini terselindung kerana ada ibubapa anggap anak mereka sebagai anak yang pelik.

Dari bayi, selepas beberapa hari dilahirkan dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Itulah tanda anak bijak. Jangan pulak kita kata anak kecil ini mengada-ngada tak blh nak tinggalkan. Tapi dia punya masa tidur yang banyak dari berjaga. Jadi bersabarlah melayan kerenak si kecil sementara dia tengah berjaga tu. Sabar ya ibu2...

Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap. Apabila dia pandai bergerak sendiri, semua benda akan dicapai dan disentuh.

Kreatif. Anda perhatikan cara mereka bermain. Adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?

Menonjolkan bakat kepimpinan. Mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersam rakan-rakan lain.

Cepat memahami. Bila kita cakap, dia mudah faham.

Ingatan tajam. Bila diajarkan doa, zikir dan lagu-lagu mereka akan menghafalnya dengan cepat

Sekian.




No comments:

Post a Comment