Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday

Mendidik Anak Perempuan

Alhamdulillah... syurkur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan aku seorang lagi anak perempuan yang sungguh comel pada 29/08/2014. 6 tahun aku menunggu dengan sabar. Akhirnya... membuahkan hasil.

Setiap anak, ada rezekinya.
Ada orang kata "susah nak jaga anak perempuan ni...".
Betul ke?

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Alhamdulillah... ada GANJARAN di situ.

Beberapa cara didikan anak perempuan :

  1. Didik mereka menutup aurat semenjak kecil.
  2. Galakkan membuat kerj-kerja dalam rumah.
  3. Elakkan membeli alat-alat permainan kanak-kanak lelaki.
  4. Latih bersopan santun dan berlemah lembut.
  5. Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan kelahiran anak apabila mereka akil baligh.
  6. Ajarkan kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh seorang wanita seperti memasak, menghias dan mengemas rumah, menjaga anak kecil, menjahit dan asas rawatan kecemasan.









Monday

JuzQ30 Merangsang Minda Anak-Anak Jadi Bijak

Rahsia Minda Anak Cergas

JuzQ30 adalah produk terbaik untuk minda yang ada di pasaran. Ia ekstrak lebih daripada 10 pemakanan minda dan diadun dengan madu dan air zam-zam serta terapi Al-Quran.

Berikut adalah KHASIAT sebahagian daripada bahan-bahan yang terdapat di dalam JuzQ30.

BADAM
mengandungi protein tenusu yang membantu menjadikan otak bijak dan bergeliga

DELIMA
Terkenal dengan panggilan buah dari syurga. Ia berfungsi melindungi otak bayi semasa kelahiran. Ia mengandungi bahan antioksidan, mencegah penyakit nyanyuk dan alzheimer.

KURMA
Berfungsi meningkatkan kecerdasan otak dan menyihatkan sel darah merah.

ZAFFARAN
Merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan menguatkan ingatan. Saidina Ali r.a ada menegaskan sesiapa yang mengambil zaffaran setiap hari maka otaknya pintar sehingga orang menyangkanya seorang ahli sihir.

Sunday

Pentingnya Sarapan Untuk Anak

Sarapan membantu memberi kesan dramatik terhadap pencapaian belajar kanak-kanak.

Dalam dunia yang penuh saingan ini, ibubapa sanggup berusaha bagi memastikan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Sesetengahnya menghantar anak ke sekolah swasta atau menggaji pengajar peribadi untuk memberi kelas tambahan di rumah mereka.

Namum ramai ibubapa yang terlepas pandang satu cara yang mudah dan berkesan untuk merangsang pencapaian anak-anak mereka iaitu sarapan pagi yang berkhasiat.

Pakar Nutrisi di Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che Lah berkata, dengan gaya hidup yang semakin sibuk, ramai ibubapa yang agak sukar menyediakan sarapan pagi yang berkhasiat untuk anak-anak. Akibatnya ramai kanak-kanak yang tidak mendapat keperluan zat harian mereka untuk membesar dengan sempurna.

Menurutnya, kajian saintifik juga telah menunjukkan bahawa, sarapa memberikan kesan yang dramatik terhadap kemampuan belajar anak-anak. Sarapa menguatkan daya tumpuan, masa tindak balas, kebolehan belajar, perasaan dan ingatan. Manakala kanak-kanak yang tidak bersarapan akan mengakibatkan turunnya pretasi pelajaran mereka di sekolah.

Ibubapa memainkan peranan yang penting bagi membantu kanak-kanak memenuhi keperluan zat harian mereka.

Pakar Motivasi Pelajar & Pekerja, Dr Tengku Asmadi b Tengku Mohamad telah memfomulasikan satu produk minda yang mampu memberikan kecerdasan minda anak-anak semasa di sekolah iaitu JuzQ30. Hanya dengan 1 sacet sahaja, memberikan tumpuan anak-anak semasa belajar serta memudahkan anak-anak untuk ingat. faham dan hafal apa yang cikgu ajarkan. InsyaAllah... bila anak balik rumah nanti, dia ingat apa homework yang perlu disiapkan.

Minum sebelum sarapan pagi. Segala zat dan nutrisi yang ada pada JuzQ30 sudah cukup untuk keperluan tubuh. Selain itu, JuzQ30 juga melembutkan hati anak yang degil dan liat untuk bersolat.


ANDA BERMINAT?
Boleh hubungi Pn Izzah di talian 019-7294000. 
 Dapatkan harga istimewa sekarang.





Friday

Tanda-Tanda Anak Bijak

Semua ibubapa mahukan anak yang bijak serta baik tingkah lakunya. Betul tak?

Sebenarnya ibubapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk anak itu bijak. Kalau anak itu lahir terus bijak... Alhamdulillah. Jika tidak, kita sebagai ibubapa kena berusaha. Ibubapa perlukan tumpuan yang khusus untuk mengembangkan bakat anak-anak.

Kita perlu menjadi ibubapa yang penyabar dan penuh kasih sayang untuk membesarkan mereka. Kalau kita nie jenis tak sabar, ini akan menyebabkan kebijaksanaan mereka itu merundum begitu sahaja. Kadang-kadang, kecerdikan anak-anak ini terselindung kerana ada ibubapa anggap anak mereka sebagai anak yang pelik.

Dari bayi, selepas beberapa hari dilahirkan dia dah menunjukkan sifat ingin berbual dan bila kita tinggalkan dia, dia akan menangis sebab bosan. Itulah tanda anak bijak. Jangan pulak kita kata anak kecil ini mengada-ngada tak blh nak tinggalkan. Tapi dia punya masa tidur yang banyak dari berjaga. Jadi bersabarlah melayan kerenak si kecil sementara dia tengah berjaga tu. Sabar ya ibu2...

Perkembangan diri yang cepat seperti merangkak, berjalan, berlari, bercakap. Apabila dia pandai bergerak sendiri, semua benda akan dicapai dan disentuh.

Kreatif. Anda perhatikan cara mereka bermain. Adakah mereka akan buat apa yang tidak kita ajarkan?

Menonjolkan bakat kepimpinan. Mereka selalu menjadi ketua dalam apa yang mereka main bersam rakan-rakan lain.

Cepat memahami. Bila kita cakap, dia mudah faham.

Ingatan tajam. Bila diajarkan doa, zikir dan lagu-lagu mereka akan menghafalnya dengan cepat

Sekian.




Thursday

Latih Anak Solat


"Tak salah kalau ibu ayah nak latih anak-anak yang masih kecil untuk bersolat secara praktikal tapi jangan sampai memaksa dengan kekerasan sebab bimbang mereka akan menganggap bahawa solat itu amat membebankan dan tidak menyeronokkan. Latih mereka dengan cara yang menyeronokkan dan lebih baik kalau ibu ayah sendiri tunjuk contoh teladan dengan bersolat di depan mereka. Dan jika anak kecil ingin turut serta berjemaah, jangan larang... Belikan songkok kecil atau telekung kecil supaya mereka rasa gembira untuk melakukannya."

Kesimpulannya ialah JANGAN MEMAKSA DENGAN KEKERASAN.

Petikan daripada FB Ibubapa Cemerlang.

Wednesday

Doa Untuk Anak Soleh dan Bijak

Assalamualaikum. Moga perkongsian ini memberi menfaat buat kita semua.

Ada beberapa doa yang sangat bagus untuk diamalkan dan mudah-mudahan anak-anak kita membesar menjadi anak yang bijak serta soleh. Aminnn.

Doa anak supaya kerjakan solat - Surah Ibrahim : Ayat 40-41
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendidikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."
"Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku, kedua ibubapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)."

Doa anak agar taat kepada Allah - Surah Al-Baqarah : Ayat 128
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat  lagi Maha Penyayang."

Doa anak rajin ke sekolah - Surah Thaha : Ayat 1-5
"Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah; tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di `Arsy."

Doa anak pandai belajar - Surah Al-Anbiya : Ayat 79
"Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaimantentang hukum (yang lebih tepat) [966]; dan kepada masing-masing mereka Telah kami berikan hikmah dan ilmu dan Telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud dan kamilah yang melakukannya.."

Doa anak lembut hatinya - Surah Al-Anbiya : Ayat 69
"Kami berfirman : "Hai api, menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim"."

Mudah-mudahan anak-anak kita 
menjadi anak yang soleh, solehah dan 
sentiasa menyenangkan hati kedua ibubapanya. 
Amin.

Pentingnya Air

Pastikan air yang diminum itu adalah air yang bersih.

JOM AMALKAN

Manfaat Kopi

Dari segi kesihatan, banyak kajian saintifik telah dijalankan dan ditemui kopi memberi banyak manfaat kepada kita, antaranya :

  • Melindungi jangtung dan mencegah strok
  • Mengurangkan risiko diabetis
  • Menjaga kesihatan hati
  • Meningkatkan kecerdasan otak
  • Membantu melegakan sakit kepala
  • Membantu proses pemecahan lemak
  • Menguatkan daya tahan (sistem imun)
  • Mencegah kanser kulit
Wanita di luar sana jangan was-was untuk meminum kopi kerana terdapat juga manfaat untuk kecantikan. Antaranya :

  • Meneutralkan iritasi kulit
  • Memberi nutrien kepada kulit
  • Menghilangkan bekas jerawat dan jeragat
  • Memperbaiki sel kulit yang rosak
  • Menghilangkan bau badan

Buktinya terdapat masker dan scrub yang dihasilkan dari serbuk kopi, malah di pusat rawatan kulit atau SPA komponen dari kopi memang lumrah digunakan. Fikirkan dan ubahlah persepsi tentang kopi... ;-)

+ Jom Minum KOPI +

Sunday

Khasiat KURMA

Sabda Rasulullah SAW : "Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang PENYABAR, BERSOPAN SANTUN serta CERDAS PEMIKIRANNYA."


KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Monday

Pentingnya Air

Pastikan air yang diminum itu adalah air yang bersih. 
Jom amalkan.

Wednesday

Ginkgo Biloba

Ekstrak ginkgo biloba yang digunakan dalam ujian klinikal mengandungi dua kumpulan fitokimia iaitu flavonol glikosid (melawan aktiviti antioksida) dan terpene laktone (memberi kesan pencairan darah). 
Unsur bilobalide, salah satu daripada pecahan terpene laktone juga berfungsi untuk mengaktifkan neuron otak dan ini bagus dalam membantu pembelajaran dan menguatkan ingatan.
Walau bagaimanapun, ekstrak ini mahal harganya dalam dunia perubatan. Ada sesetengah syarikat pengeluaran makanan tambahan terpaksa mengurangkan kandungan ginkgo biloba untuk menjimatkan kos. Lebih teruk, produk mereka mengandungi ekstrak ginkgo biloba yang kurang berbanding yang tertera di label. Oleh itu, pastikan anda memilih jenama yang dipercayai.


Tuesday

10 Perkara Yang Boleh Merosakkan Otak

Tahukah ada jika anak2 yg TIDAK BERSARAPAN PAGI sebelum ke sekolah boleh menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nurtisi ke dalam otak???. Jika perkara ini berlaku, bagaimana untuk anak2 kita menerima apa yang cikgu ajarkan.




Jangan risau. Dengan hanya 1 sacet produk minda JuzQ30 setiap hari sudah cukup untuk membekalkan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh otak untuk meningkatkan "input learning" dan memudahkan "output learning". Maklumat lanjut, sila sms/whatsapp 0197294000.

Semoga bermanfaat.