Tuesday

Mendidik Anak Perempuan

Alhamdulillah... syurkur ke hadrat Allah SWT kerana dikurniakan aku seorang lagi anak perempuan yang sungguh comel pada 29/08/2014. 6 tahun aku menunggu dengan sabar. Akhirnya... membuahkan hasil.

Setiap anak, ada rezekinya.
Ada orang kata "susah nak jaga anak perempuan ni...".
Betul ke?

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Alhamdulillah... ada GANJARAN di situ.

Beberapa cara didikan anak perempuan :

  1. Didik mereka menutup aurat semenjak kecil.
  2. Galakkan membuat kerj-kerja dalam rumah.
  3. Elakkan membeli alat-alat permainan kanak-kanak lelaki.
  4. Latih bersopan santun dan berlemah lembut.
  5. Terangkan kepada mereka tentang haid, nifas, kehamilan dan kelahiran anak apabila mereka akil baligh.
  6. Ajarkan kemahiran yang sepatutnya diketahui oleh seorang wanita seperti memasak, menghias dan mengemas rumah, menjaga anak kecil, menjahit dan asas rawatan kecemasan.









No comments:

Post a Comment