Anak bongsuku berusia hampir 4 bulan. Sejak dari dalam kandungan lagi aku dah mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, buah tin, buah zaitun, delima dan madu.
Setiap hari aku pasti berinterasi dengannya. Bukan sahaja aku, bahkan aku menggalakkan anak2 aku yang lain supaya berbual dengan adik walaupun mereka tak faham apa yang cuba disampaikan oleh adik. Bila adik tergelak, itulah saat yang sangat menggembirakan kami sekeluarga.
Ni antara tips yang biasa aku buat.
BERTENTANG MATA
Aku selalu panggil namanya iaitu Sari. Pada umur ini, susah untuk dia fokus apabila namanya dipanggil. Tapi... bila dia dah fokus, dia dah tak pandang tempat lain lagi.
Ambil peluang ini untuk melihat anak matanya. Walaupun dia kecil tapi dia dapat kenal wajah kita. Setiap kali dia merenung/fokus pada kita, sebenarnya dia sedang membina memorinya.
BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Ambil perhatian si kecil. Cuba bercakap-cakap atau buat memek muka dengan si kecil. Biarkan sebentar sehingga si kecil membalas balik kelakuan kita. Lama kelamaan dia akan turut sama berbual-bual sambil ketawa. Seronoknya dengar hilaian tawa si kecil. Pada ketika inilah otak si kecil ligat berfikir dan bercakap apa-apa entah yang kita tiak faham. Ohhh... so cute!!!.
SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Ya, perbuatan menyusukan anak memang seronok. Rasa bahagia sangat di saat bersama si kecil. Si kecil pula rasa selamat apabila berada dlm dakapan si ibu. Sambil menyusu badan, anda berbual-bual, menyanyi, berselawat atau membelai rambutnya.
Aktiviti-aktiviti yang aku lakukan ini semuanya untuk merangsang pergerakan dan minda si kecil. Sangat bagus di amalkan sebab otak mereka sedang membersar dan berkembang.
No comments:
Post a Comment