Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday

Kaedah Meningkatkan Tumpuan dan Perhatian

Dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.

Antara latihan yang sering dicadangkan untuk meningkatkan tumpuan dan perhatian adalah latihan carian huruf dan jejaki nombor.

(1) Latihan carian huruf Untuk latihan carian huruf, pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk pertandingan.


(2) Jejaki nombor Latihan jejak nombor boleh dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.

Otak cenderung untuk memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian, melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang dilakukan.


Persediaan Exam

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN dari segi FIZIKAL


1. KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

• Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

• Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

• Riadah.
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.


2. KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

Sumber : laman_map.com

Friday

Masalah anak conteng dinding

"Adikkkkk!!! Janganlah conteng dinding lagi. Dah kotor dan nampak buruk dinding ni." Begitulah keluhan ibubapa yang mempunyai anak kecil yang suka menconteng dinding. Ini berlaku pada anak berusia 2-4 tahun. Pantang lepa, mulalah nak tunjukkan bakat terpendam mereka. Hihihi... :-)


Sebenarnya, pada usia anak sekitar 2 tahun, perbuatan menconteng dinding adalah tahap tumbesaran yang normal. Jika anak tidak berminat menconteng dinding, maka para ibubapa perlu risau. Ada juga apakar yang menyatakan bahawa kanak-kanak berbangga memaparkan hasil karya mereka. Oleh itu mereka memilih dinding rumah sebagai medium pameran. Malangnya, walau apa pun sebab dan musabab yang dibentangkan umum masih tidak dapat menerima galeri si kecil ini.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah anak yang suka menconteng dinding.

1. Jika kita mempunyai rumah sendiri, kita boleh mengecat dinding menggunakan cat yang kalis kotor. Harganya mahal sedikit dari cat biasa tetapi ini dapat memastikan dinding kita boleh dilap dan dicuci dari kotoran agar cantik sepanjang masa. Tapi kalau diconteng menggunakan pen atau marker, ianya tetap kekal.

2. Boleh juga dilekatkan kertas mahjong di dinding rumah. Lekatlah sepanjang dinding sebanyak mana yang anda mahu. Si kecil dibenarkan menconteng secara beralas dan ibubapa tidak gusar lagi tentang keselamatan dinding dari contengan. Hati-hati, coretan marker masih boleh tembus ke bahagian dinding.

3. Jika anak kecil tidak bermasalah atau sudah boleh faham, kita boleh syorkan kepada anak kita supaya menggunakan buku-buku kosong atau belikan sahaja sketch pad atau drawing pad. Yang penting, anak ada ruang kosong untuk berkarya. Contenglah apa saja, kita tidak akan risau lagi.

Walau apa pun cara yang kita gunakan, ibubapa yang sudah terbiasa dengan anak kecil pasti mengerti betapa hebatnya tarikandinding sebagai kanvas nukila mereka. Kita boleh mengawal dan menyekat selagi cara kita adalah dengan jalan munasabah.

Monday

Tips Anak Bijak Matematik

Semua ibubapa mahukan anak yang bijak. Bijak dalam semua perkara. Betul tak? Okey... harini saya nak kongsikan satu tips yang sangat menarik untuk jadikan anak BIJAK MATEMATIK. Wowww... menarikkan? Bijak... bijak jugak. Tapi yang paling penting adalah KESIHATAN anak-anak.


Tips Buat Anak Bijak Matematik

Senaman sangat penting. Dengan melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kana

k-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.

Metematik memerlukan tumpuan yang lebih untuk mengusainya.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam. Semua aktiviti ini juga mernagsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.

Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

Jadi, dah tahu fakta hangat ini?
Jangan dok biarkan anak-anak main iPad, tablet atau komputer. Aktifkan mereka dengan senaman. Mana tahu, dengan tips ini boleh buat anak jadi bijak matematik.

Tak susah pun nak buat anak-anak ini bersenam. Bawa je ke taman permainan, bawa bola sebijik dan biarkan mereka berlari ke sana ke mari kejar dan tendang bola...:-) Ataupun biarkan mereka berlari-lari di kawasan tepi rumah atau depan rumah.

Menarik bukan?

Sumber : hasrulhassan.com




Sunday

10 Makanan Buat Minda Anak Anda Bijak





Mustahil bagi anak-anak sekarang untuk menolak mee segera, keropok, gula-gula, ayam goreng atau burger. Kau makan banyak-banyak boleh memberi kesan buruk terhadap minda anak anda. Anak anda akan mudah letih, lesu, mengantuk dan lemah ingatan. Kurangkan memberi makanan yang tidak berkhasiat begitu.

Untuk menambahkan lagi keberkatan makanan, semasa ibu-ibu memasak bacakanlah Surah Al-Asr pada makanan yang dimasak.

10 makanan yang dapat mambantu supaya anak bijak.

1. Telur - terdapat bahagian utama dalam otak yang terdiri daripada lemak pepejal. Ia harus dibekalkan dengan asid lemak penting (EPA) melalui diet harian kerana tubuh tidak menghasilkannya. Telur merupakan sumber EPA yang paling baik.

2. Ikan berminyak - Ikan berminyak ialah ikan seperti salmon, tuna, sardin dan makeral. Kaya dengan asid lemak yang dipanggil Omega 3. Ia adalah komponan lemak yang paling penting bagi meningkatkan daya pemikiran dan kecerdasan otak.

3. Soya - Ia mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi yang dapat meningkatkan daya ingatan memori dan pertumbuhan tisu-tisu badan anak anda.

4. Kismis - Mengandungi zat besi yang membina darah dan memastikan oksigen disalurkan ke otak dengan baik. Cara makan kismis yang betul ialah dengan mengemamnya bukan mengunyahnya.

5. Teh Hijau dan Teh Hitam - Keduanya dapat memberi kesan positif terhadap penyakit alzheimer. penyakit ini ialah sejenis penyakit yang berlaku akibat kehilangan fungsi mental dan daya ingatan. Kedua-dua teh ini menentang penyakit alzheimer dalam pelbagai cara.

6. Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Qurang mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghintarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

7. Susu Segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga fizikal dan mental. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu segar.

8. Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa.

9. Daging Kambing - Mengandungi zat besi dan potassium yang rendah kadungan mineralnya. Ia baik untuk meningkatkan daya hafazan.

10. Kekacang - Gajus, berangan, soya, pistachio dan kacang merah sangat baik untuk kecerdasan otak.


Thursday

Tips Merangsang Anak Bijak

Anak bongsuku berusia hampir 4 bulan. Sejak dari dalam kandungan lagi aku dah mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, buah tin, buah zaitun, delima dan madu.

Setiap hari aku pasti berinterasi dengannya. Bukan sahaja aku, bahkan aku menggalakkan anak2 aku yang lain supaya berbual dengan adik walaupun mereka tak faham apa yang cuba disampaikan oleh adik. Bila adik tergelak, itulah saat yang sangat menggembirakan kami sekeluarga.

Ni antara tips yang biasa aku buat.

BERTENTANG MATA
Aku selalu panggil namanya iaitu Sari. Pada umur ini, susah untuk dia fokus apabila namanya dipanggil. Tapi... bila dia dah fokus, dia dah tak pandang tempat lain lagi.
Ambil peluang ini untuk melihat anak matanya.  Walaupun dia kecil tapi dia dapat kenal wajah kita. Setiap kali dia merenung/fokus pada kita, sebenarnya dia sedang membina memorinya.

BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Ambil perhatian si kecil. Cuba bercakap-cakap atau buat memek muka dengan si kecil. Biarkan sebentar sehingga si kecil membalas balik kelakuan kita. Lama kelamaan dia akan turut sama berbual-bual sambil ketawa. Seronoknya dengar hilaian tawa si kecil. Pada ketika inilah otak si kecil ligat berfikir dan bercakap apa-apa entah yang kita tiak faham. Ohhh... so cute!!!.

SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Ya, perbuatan menyusukan anak memang seronok. Rasa bahagia sangat di saat bersama si kecil. Si kecil pula rasa selamat apabila berada dlm dakapan si ibu.  Sambil menyusu badan, anda berbual-bual, menyanyi, berselawat atau membelai rambutnya.

Aktiviti-aktiviti yang aku lakukan ini semuanya untuk merangsang pergerakan dan minda si kecil. Sangat bagus di amalkan sebab otak mereka sedang membersar dan berkembang.

Sunday

Peluk Anak

Kenapa memeluk anak-anak kita adalah penting!


  1. Pelukan membina kepercayaan dan rasa selamat. Ini membantu anak-anak supaya dapat berkomunikasi secara terbuka dan jujur dengan ibubapa.
  2. Pelukan meningkatkan tahap oxytocin, yang menyembuhkan perasaan kesepian, keseorangan, kekosongan dan kemarahan.
  3. Pelukan meningkatkan harga diri. Ia memberikan satu perasaan yang mana anak akan berasa disayangi dan istimewa.
  4. Pelukan mengurangkan ketegangan dalam badan.
Jadi, adakah kita bersedia untuk memberikan pelukan untuk anak-anak kita? Mulakan hari ini, berkan banyak pelukan kepada mereka.


Tuesday

Anak Susah Bangun Pagi

Semalam sekolah. Hari nie cuti sempena Hari Raya Aidiladha. Esok sekolah balik. Sian kepada mereka yang dalam perjalanan jauh untuk balik ke rumah semula. Aku, jam 8pm dah sampai rumah. Alhamdulillah…

Esok awal pagi dah kena bangun sebab nak sekolah. So, malam nie kena tidur awal la supaya penat siang tadi boleh cover. Kalau tidur lewat, tau2 je la… Mesti meragam. Kalau anak sorang boleh lah kawal. Kalau anak 3 atau 4 orang, mau kita pun naik angin sekali. Hihihi…

Kak Alia bangun… Kak Uyeen bangun… Dah kul 6 nie. Cepat2… Nanti tak sempat nak sarapan. Kak Alia mandi kat bawah. Kak Uyeen mandi kat atas je. Dah siap mandi jangan lupa ambil wuduk. Itu lah ayat yang biasa aku gunakan. Kalau boleh rakam memang dah ragam. Esok pagi set kan ajer kul 6am terus berbungi… Hihihi… Tapi tak boleh. Kena kejutkan dengan tangan juga baru boleh bangun.

Kat sini aku nak kongsikan tips2 bagaimana untuk  mengatasi masalah anak susah bangun pagi.


1. Perhatikan perilaku tidur anak.
Anak yang susah bangun pagi biasanya memiliki perilaku tidur yang buruk. Tengok dan fikir balik, apa yang menyebabkannya anak kita susah tidur. Pastikan anak menghindari minuman yang mengandungi kafein di waktu petang dan malam hari.

2. Pastikan tidur dengan kadar waktu yang betul.
Kurangnya waktu tidur anak-anak boleh jadi salah satu sebab mengapa ia susah bangun pagi. Waktu tidur setiap orang berbeza, berikan waktu tidur yang sesuai untuknya. Rata-rata anak-anak kecil tidur mulai dari jam 8 hingga 9 malam. Tempoh tidurnya ialah selama 8 hingga 9 jam juga.

3. Cuba cara yang berbeza membangunkan anak anda.
Boleh menyalakan alarm. Selain tu, dengan cara menghidupkan lampu juga mampu membangunkan anak paling tepat. Lepas tu kita mengguncang-guncangkan badan dia. Jangan marah-marah kerana ini boleh menghilangkan mood anak-anak untuk ke sekolah.

4. Buat sarapan.
Janjikan sarapan yang sedap boleh jadi salah satu teknik agar anak tidak malas bangun pagi . Teknik ini boleh dikatakan sebagai umpan untuk anak bangun pagi. Sebagai contoh katakan pada anak ”Kalau Aiman cepat bangun pagi nanti mama akan buatkan roti bakar letak penut butter dengan jelly” pasti akan menarik perhatian anak untuk lekas bangun.

5. Tanggung jawab ibubapa.
Jika anak susah untuk bangun pagi karena selalu tidur lewat malam, mungkin akibat leka menonton tv, bermain games atau lain-lain. Bila lambat bangun lambatlah pergi ke sekolah. Disinilah tanggung jawab ibu bapa memainkan peranan. Hadkan waktu menonton tv dan bermain. Ibu bapa mestilah bertegas dalam hal ini.