Friday

Masalah anak conteng dinding

"Adikkkkk!!! Janganlah conteng dinding lagi. Dah kotor dan nampak buruk dinding ni." Begitulah keluhan ibubapa yang mempunyai anak kecil yang suka menconteng dinding. Ini berlaku pada anak berusia 2-4 tahun. Pantang lepa, mulalah nak tunjukkan bakat terpendam mereka. Hihihi... :-)


Sebenarnya, pada usia anak sekitar 2 tahun, perbuatan menconteng dinding adalah tahap tumbesaran yang normal. Jika anak tidak berminat menconteng dinding, maka para ibubapa perlu risau. Ada juga apakar yang menyatakan bahawa kanak-kanak berbangga memaparkan hasil karya mereka. Oleh itu mereka memilih dinding rumah sebagai medium pameran. Malangnya, walau apa pun sebab dan musabab yang dibentangkan umum masih tidak dapat menerima galeri si kecil ini.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah anak yang suka menconteng dinding.

1. Jika kita mempunyai rumah sendiri, kita boleh mengecat dinding menggunakan cat yang kalis kotor. Harganya mahal sedikit dari cat biasa tetapi ini dapat memastikan dinding kita boleh dilap dan dicuci dari kotoran agar cantik sepanjang masa. Tapi kalau diconteng menggunakan pen atau marker, ianya tetap kekal.

2. Boleh juga dilekatkan kertas mahjong di dinding rumah. Lekatlah sepanjang dinding sebanyak mana yang anda mahu. Si kecil dibenarkan menconteng secara beralas dan ibubapa tidak gusar lagi tentang keselamatan dinding dari contengan. Hati-hati, coretan marker masih boleh tembus ke bahagian dinding.

3. Jika anak kecil tidak bermasalah atau sudah boleh faham, kita boleh syorkan kepada anak kita supaya menggunakan buku-buku kosong atau belikan sahaja sketch pad atau drawing pad. Yang penting, anak ada ruang kosong untuk berkarya. Contenglah apa saja, kita tidak akan risau lagi.

Walau apa pun cara yang kita gunakan, ibubapa yang sudah terbiasa dengan anak kecil pasti mengerti betapa hebatnya tarikandinding sebagai kanvas nukila mereka. Kita boleh mengawal dan menyekat selagi cara kita adalah dengan jalan munasabah.

No comments:

Post a Comment