Sunday

Kenapa mesti meluangkan masa bersama anak?

Masa kualiti amat penting buat anak-anak, kita sebagai ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama anak-anak setiap hari walaupun hanya 5 minit. Tetapi jika lebih dari 5 minit ianya lebih bagus lagi, nak jadi ibu bapa yang superb kan. Apa salahnya luangkan masa sekejap dengan anak-anak kita walau sekejap. Lakukan aktiviti bersama yang boleh menggembirakan anak anda, kerana mereka ini amat memerlukan perhatian dari kita sebagai ibu bapa.

Anak kita akan menunjukkan sikap protes mereka di depan kita jika kita tidak melayan mereka atau bermain dengan mereka. Kita sebagai ibu bapa yang superb harus ‘alert‘ dengan tingkahlaku mereka, kenalpasti kenapa mereka begitu dan apa yang mereka mahu.



Jika kita tidak luangkan masa untuk bersama mereka, kita tidak sedar masa berlalu pantas dan anak-anak sudah pun mula masuk alam remaja. Ketika sudah remaja, cabarannya lebih besar lagi. Jika sewaktu kecil kita tidak bentuk mereka dengan baik, maka sukarlah untuk membentuk mereka apabila sudah remaja.

Bak kata pepatah... "Melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Bila kita rapat dengan mereka, apa sahaja perkara mereka akan kongsikan dengan kita.

Bagaimana cara nak luangkan masa tu?

To be continued...

Kaedah Meningkatkan Tumpuan dan Perhatian

Dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kebolehan untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan mengekalkan tumpuan tersebut untuk jangka masa yang lama, sering mempamerkan prestasi cemerlang dalam apa jua tugasan yang dilakukan.

Antara latihan yang sering dicadangkan untuk meningkatkan tumpuan dan perhatian adalah latihan carian huruf dan jejaki nombor.

(1) Latihan carian huruf Untuk latihan carian huruf, pelatih dikehendaki mencari huruf-huruf tertentu melalui apa-apa bentuk penulisan. Contohnya dengan mencari huruf “a” dalam perenggan pertama artikel ini. Apabila selesai, rekodkan masa yang diambil untuk menyelesaikan latihan ini. Tahap kepayahan latihan boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, ia boleh dimulakan dengan satu perenggan, ditingkatkan kepada dua perenggan dan seterusnya. Selain itu, elemen keseronokan juga boleh diperkenalkan dalam latihan yang dilakukan seperti menjadikan ia sebagai satu bentuk pertandingan.


(2) Jejaki nombor Latihan jejak nombor boleh dibuat menggunakan grid 10 x 10 yang mengandungi nombor berturut-turut seperti nombor 1 – 100 yang disusun dalam aturan rawak seperti contoh grid yang disediakan. Dalam latihan ini, pelatih dikehendaki menjejaki nombor yang disediakan mengikut aturan yang betul (0, 1, 2, 3, dan seterusnya). Seperti latihan carian huruf di atas, tahap kesusahan latihan boleh diturunkan seperti menggunakan nombor dalam aturan 1 – 50 atau ditingkatkan seperti menggunakan nombor dengan aturan 1 – 200. Latihan ini juga boleh dipelbagaikan dengan memasukkan elemen pertandingan untuk menambahkan keseronokan latihan.

Otak cenderung untuk memproses setiap maklumat yang diterima oleh sistem deria. Oleh yang demikian, melatih minda untuk memilih maklumat yang berkaitan dan mengabaikan maklumat yang tidak berkaitan dengan aktivit atau tugasan akan meningkatkan kebolehan untuk memberi tumpuan dan perhatian seterusnya prestasi tugasan yang sedang dilakukan.


Persediaan Exam

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN dari segi FIZIKAL


1. KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

• Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

• Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

• Riadah.
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.


2. KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

Sumber : laman_map.com

Tuesday

Doa untuk anak bijak, cerdik dan mendengar kata

Saya nak kongsikan doa untuk anak bijak, cerdik dan mendengar kata.
(Sebagai ingatan saya juga..bila agak-agak lupa je, refer sini..hihi.. :p)

1) Baca Fatihah (1 kali)
2) Baca Ayat Kursi (1 kali)
3) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)


4) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)


Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.


Atau cara lain:

1. Baca Surah al-Fatihah,
2. Surah Taha ayat 1 sehingga 5,
3. Diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. (Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu)

Ataupun:

Ketika memasak,
sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”


Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman"berulang-ulang.


Bagaimana menjadikan anak lebih cerdas?

6 Tips Meningkatkan Kecerdasan Otak Anak

1. Bermain Permainan Asah Otak
Hal ini telah terbukti untuk meningkatkan kemampuan otak kanan anak Anda. Catur, teka-teki silang, ataupun permainan tebak-tebakan dapat melatih otak anak . Permainan seperti Sudoku bisa menjadi permainan yang menyenangkan sekaligus melatih pemikiran strategis, pemecahan masalah, dan pengambilan keputusan yang kompleks. Jaga terus permainan asah otak ini di sekitar rumah dan ajak anak anda untuk membantu anda dalam memecahkan masalah yang rumit.

2. Belajar Musik
Mendengarkan anak Anda bermain musik mungkin tidak selalu menyenangkan bagi Anda, namun pelajaran musik dapat menjadi cara yang menyenangkan untuk mengasah otak kanan. Berdasarkan sebuah penelitian oleh para peneliti dari Universitas Toronto, pelajaran musik tampaknya bermanfaat bagi perkembangan IQ dan akademik anak. Penelitian tersebut menemukan bahwa belajar musik di masa kecil akan berpengaruh pada hasil (nilai) yang lebih bagus saat di SMU, dan IQ yang tinggi ketika dewasa.

3. Olahraga
Studi yang dilakukan oleh peneliti Universitas Illinois menunjukkan hubungan yang kuat antara kebugaran dan prestasi akademik di antara anak-anak sekolah dasar. Berolahraga dapat mendorong anak lebih percaya diri, mampu bekerja secara tim, dan berjiwa kepemimpinan.

4. Menggali dan Menjaga Rasa Keingintahuan
Para ahli mengatakan bahwa orang tua yang mendorong dan menjaga anak-anak mereka untuk menggali hal-hal baru, mengajarkan mereka akan pelajaran yang berharga: bahwa mencari pengetahuan adalah sangat penting. Dukunglah hobi anak-anak anda selama itu positif, jangan bosan-bosan menjawab pertanyaan-pertanyaan anak yang mungkin remeh bagi anda, dan ajarkan keahlian-keahlian baru pada mereka. Hal tersebut dapat membantu perkembangan otak anak anda ke arah yang lebih intelektual.

5. Membaca
Membaca sangat baik untuk perkembangan otak anak. Membaca adalah cara untuk meningkatkan pembelajaran dan perkembangan kognitif pada anak-anak dari segala usia. Ajari anak-anak anda untuk membaca sedini mungkin dan dorong mereka agar senantiasa gemar membaca.

6. Menguatkan Kepercayaan Diri
Pada usia remaja, anak-anak dapat menjadi mangsa berpikir negatif yang dapat membatasi potensi mereka. Psikolog anak mendorong orang tua untuk menguatkan anak-anak mereka secara positif dengan dorongan dan keyakinan yang optimis. Partisipasi dalam olahraga tim dan kegiatan sosial lainnya juga membantu membangun kepercayaan diri anak.

Nota : Tidak ada orang yang lebih baik dan tepat untuk mendidik anak selain anda sebagai orang tuanya, kerana sedar ataupun tidak anak akan lebih cenderung mengikuti kebiasaan dan beradaptasi dengan pribadi anda.


Wednesday

10 tanda anak bijak

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :


1. Mengekalkan maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan "masuk telinga kiri, keluar telinga kanan' apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pasa masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik disekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan segitulah seterusnya.

3. Membaca dan menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biarpun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap kensentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik.
Sama seperti tanda no 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata "Itu kucing", sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata "Itu kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami". Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak diusia kecil tidak terlalu bimbang pa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubungkait antaranya dan berfikir secara abstrak. Mereka juga dapat memahami secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Berbangalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak. Terpulang kepada kita sebagai ibubapa untuk mencorakkannya.

p/s : Terima kasih kepada penulis asal artikel ini. Perkongsian ini sangat informatif.



Friday

Masalah anak conteng dinding

"Adikkkkk!!! Janganlah conteng dinding lagi. Dah kotor dan nampak buruk dinding ni." Begitulah keluhan ibubapa yang mempunyai anak kecil yang suka menconteng dinding. Ini berlaku pada anak berusia 2-4 tahun. Pantang lepa, mulalah nak tunjukkan bakat terpendam mereka. Hihihi... :-)


Sebenarnya, pada usia anak sekitar 2 tahun, perbuatan menconteng dinding adalah tahap tumbesaran yang normal. Jika anak tidak berminat menconteng dinding, maka para ibubapa perlu risau. Ada juga apakar yang menyatakan bahawa kanak-kanak berbangga memaparkan hasil karya mereka. Oleh itu mereka memilih dinding rumah sebagai medium pameran. Malangnya, walau apa pun sebab dan musabab yang dibentangkan umum masih tidak dapat menerima galeri si kecil ini.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah anak yang suka menconteng dinding.

1. Jika kita mempunyai rumah sendiri, kita boleh mengecat dinding menggunakan cat yang kalis kotor. Harganya mahal sedikit dari cat biasa tetapi ini dapat memastikan dinding kita boleh dilap dan dicuci dari kotoran agar cantik sepanjang masa. Tapi kalau diconteng menggunakan pen atau marker, ianya tetap kekal.

2. Boleh juga dilekatkan kertas mahjong di dinding rumah. Lekatlah sepanjang dinding sebanyak mana yang anda mahu. Si kecil dibenarkan menconteng secara beralas dan ibubapa tidak gusar lagi tentang keselamatan dinding dari contengan. Hati-hati, coretan marker masih boleh tembus ke bahagian dinding.

3. Jika anak kecil tidak bermasalah atau sudah boleh faham, kita boleh syorkan kepada anak kita supaya menggunakan buku-buku kosong atau belikan sahaja sketch pad atau drawing pad. Yang penting, anak ada ruang kosong untuk berkarya. Contenglah apa saja, kita tidak akan risau lagi.

Walau apa pun cara yang kita gunakan, ibubapa yang sudah terbiasa dengan anak kecil pasti mengerti betapa hebatnya tarikandinding sebagai kanvas nukila mereka. Kita boleh mengawal dan menyekat selagi cara kita adalah dengan jalan munasabah.