Wednesday

10 tanda anak bijak

10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :


1. Mengekalkan maklumat
Jika kanak-kanak biasa bagaikan "masuk telinga kiri, keluar telinga kanan' apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pasa masa yang lain.
Minda kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

2. Minat yang meluas
Minda anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik disekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat dinasour, bulan depan pula angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan segitulah seterusnya.

3. Membaca dan menulis di awal usia
Anak anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan menulis di awal usia biarpun tidak melalui pengajaran yang formal.

4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.

5. Menunjukkan konsentrasi
Kanak-kanak biasa tidak diketahui tahap kensentrasinya biar pun dalam tempoh panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan konsentrasinya terhadap sesuatu.

6. Mempunyai ingatan yang baik.
Sama seperti tanda no 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.

7. Susun kata yang maju berbanding usia
Kanak-kanak yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
Misalnya anak-anak berusia 2 tahun akan berkata "Itu kucing", sebaliknya anak-anak bijak ini akan berkata "Itu kucing yang garang yang suka membuat bising di rumah kami". Berbeza bukan?

8. Memberi perhatian yang terperinci
Kanak-kanak yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu berubah kedudukan dan sebagainya.

9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
Kanak-kanak diusia kecil tidak terlalu bimbang pa yang berlaku terhadap dirinya mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah dirinya.

10. Memahami konsep yang rumit
Kanak-kanak yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit, melihat hubungkait antaranya dan berfikir secara abstrak. Mereka juga dapat memahami secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

Berbangalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak. Terpulang kepada kita sebagai ibubapa untuk mencorakkannya.

p/s : Terima kasih kepada penulis asal artikel ini. Perkongsian ini sangat informatif.



Friday

Masalah anak conteng dinding

"Adikkkkk!!! Janganlah conteng dinding lagi. Dah kotor dan nampak buruk dinding ni." Begitulah keluhan ibubapa yang mempunyai anak kecil yang suka menconteng dinding. Ini berlaku pada anak berusia 2-4 tahun. Pantang lepa, mulalah nak tunjukkan bakat terpendam mereka. Hihihi... :-)


Sebenarnya, pada usia anak sekitar 2 tahun, perbuatan menconteng dinding adalah tahap tumbesaran yang normal. Jika anak tidak berminat menconteng dinding, maka para ibubapa perlu risau. Ada juga apakar yang menyatakan bahawa kanak-kanak berbangga memaparkan hasil karya mereka. Oleh itu mereka memilih dinding rumah sebagai medium pameran. Malangnya, walau apa pun sebab dan musabab yang dibentangkan umum masih tidak dapat menerima galeri si kecil ini.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah anak yang suka menconteng dinding.

1. Jika kita mempunyai rumah sendiri, kita boleh mengecat dinding menggunakan cat yang kalis kotor. Harganya mahal sedikit dari cat biasa tetapi ini dapat memastikan dinding kita boleh dilap dan dicuci dari kotoran agar cantik sepanjang masa. Tapi kalau diconteng menggunakan pen atau marker, ianya tetap kekal.

2. Boleh juga dilekatkan kertas mahjong di dinding rumah. Lekatlah sepanjang dinding sebanyak mana yang anda mahu. Si kecil dibenarkan menconteng secara beralas dan ibubapa tidak gusar lagi tentang keselamatan dinding dari contengan. Hati-hati, coretan marker masih boleh tembus ke bahagian dinding.

3. Jika anak kecil tidak bermasalah atau sudah boleh faham, kita boleh syorkan kepada anak kita supaya menggunakan buku-buku kosong atau belikan sahaja sketch pad atau drawing pad. Yang penting, anak ada ruang kosong untuk berkarya. Contenglah apa saja, kita tidak akan risau lagi.

Walau apa pun cara yang kita gunakan, ibubapa yang sudah terbiasa dengan anak kecil pasti mengerti betapa hebatnya tarikandinding sebagai kanvas nukila mereka. Kita boleh mengawal dan menyekat selagi cara kita adalah dengan jalan munasabah.